> Maklumat Pentadbir > Mengurus Pencetak > Tetapan Penjimatan Kuasa Semasa Tidak Aktif

Tetapan Penjimatan Kuasa Semasa Tidak Aktif

Anda boleh menetapkan masa untuk beralih kepada mod penjimatan kuasa atau untuk mematikan kuasa apabila panel kawalan pencetak tidak digunakan untuk tempoh tertentu. Tetapkan masa bergantung pada persekitaran penggunaan anda.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Device Management > Power Saving

  4. Sediakan item berikut sebagaimana yang diperlukan.

    • Sleep Timer
      Masukkan masa untuk menukar mod penjimatan kuasa apabila tidak aktif.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Pemasa Tidur

    • Power Off Timer atau Power Off If Inactive
      Pilih masa dari masa pencetak tidak aktif hingga dimatikan secara automatik. Apabila anda menggunakan ciri faks, pilih None atau Off.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Pmsa Mati Ksa atau Tetapan Mati Kuasa > Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif

    • Power Off If Disconnected
      Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port LINE diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
      Lihat laman web berikut untuk tempoh masa yang ditetapkan.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Tetapan Mati Kuasa > Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan

    • Wake with LCD Screen Touch
      Anda boleh menetapkan cara panel sentuh bangun daripada mod tidur. Jika anda memilih Schedule, tetapkan masa mula dan masa tamat mod tidur.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Bangkit daripada Tidur > Sentuh Skrin LCD untuk Bangkit

  5. Klik OK.