Membuat Tetapan Wi-Fi melalui Persediaan Kod PIN (WPS)

Anda boleh menyambung ke penghala wayarles secara automatik dengan menggunakan kod PIN. Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat penyediaan jika penghala wayarles berupaya melakukan WPS (Persediaan Terlindung Wi-Fi). Gunakan komputer untuk memasukkan kod PIN ke penghala wayarles.

Jika anda ingin mengkonfigurasi tetapan pada pencetak dengan Tetapan Kunci didayakan, anda mesti log masuk sebagai pentadbir.

Jika dipaparkan pada skrin pencetak, ketik ikon ini dan log masuk sebagai pentadbir.

  1. Ketik pada skrin utama.

    Perhatian:

    Jika dipaparkan pada skrin pencetak, ketik ikon ini dan log masuk sebagai pentadbir.

  2. Pilih Penghala.

  3. Ketik Mulakan Persediaan.

    Jika sambungan rangkaian sudah disediakan, butiran sambungan akan dipaparkan. Ketik Tukar kepada sambungan Wi-Fi. atau Tukar Tetapan untuk menukar tetapan.

  4. Pilih Lain-lain > Persediaan Kod PIN (WPS)

  5. Ikut arahan pada skrin.

    Jika anda ingin menyemak status sambungan rangkaian untuk pencetak selepas persediaan selesai, lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah untuk maklumat lanjut.

    Perhatian:

    Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk mendapatkan butiran tentang memasukkan kod PIN.