> Pengimbasan > Kaedah Pengimbasan Yang Tersedia > Mengimbas Dokumen ke Folder Rangkaian

Mengimbas Dokumen ke Folder Rangkaian

Simpan imej yang diimbas kepada folder yang ditentukan pada rangkaian.

Anda perlu membuat tetapan terlebih dahulu. Lihat pautan berikut untuk butiran tentang aliran kerja bagi membuat tetapan.

Persediaan untuk Ciri Imbas ke Folder Rangkaian/FTP.

Perhatian:

Pastikan tetapan Tarikh/Masa dan Perbezaan Masa pencetak betul. Akses menu dari Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Tetapan Tarikh/Masa.

  1. Letakkan dokumen.

    Meletakkan Dokumen

  2. Pilih Imbasan > Folder Rangkaian/FTP pada panel kawalan.

  3. Tentukan destinasi.

    • Untuk memilih daripada alamat yang kerap digunakan: pilih kenalan daripada tab Destinasi.
    • Untuk memasukkan terus laluan folder: Pilih Ppn kknci. Pilih Mod Komunikasi, masukkan laluan folder sebagai Lokasi (Diperlukan) dan buat tetapan folder lain.
      Memilih Layari akan mencari folder pada komputer yang disambungkan kepada rangkaian. Anda boleh menggunakan Layari sahaja apabila Mod Komunikasi ditetapkan kepada SMB.
      Masukkan laluan folder dalam format berikut.
      Apabila menggunakan SMB sebagai mod komunikasi: \\nama hos\nama folder
      Apabila menggunakan FTP sebagai mod komunikasi: ftp://nama hos/nama folder
      Apabila menggunakan FTPS sebagai mod komunikasi: ftps://nama hos/nama folder
      Apabila menggunakan WebDAV (HTTPS) sebagai mod komunikasi: https://nama hos/nama folder
      Apabila menggunakan WebDAV (HTTP) sebagai mod komunikasi: http://nama hos/nama folder
    • Untuk memilih daripada senarai kenalan: pilih Kenalan, dan kemudian pilih kenalan. Anda boleh mencari kenalan daripada senarai kenalan. Masukkan kata kunci carian ke dalam kotak di bahagian atas skrin.
    Perhatian:

    Anda boleh mencetak sejarah folder yang menyimpan dokumen dengan memilih .

  4. Pilih Tetapan Imbasan, semak tetapan seperti format simpanan dan tukar jika perlu.

    Pilihan Menu untuk Mengimbas

    Perhatian:

    Pilih untuk menyimpan tetapan anda sebagai pratetap.

  5. Ketik .