Anda boleh menetapkan kata laluan pentadbir menggunakan Web Config. Apabila menggunakan Web Config, adalah perlu untuk menyambungkan pencetak ke rangkaian. Jika pencetak tidak disambungkan ke rangkaian, sambungkannya ke komputer dengan kabel Ethernet terus.
Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.
Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.
Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.
User Name lalai adalah kosong.
Lihat maklumat berkaitan di bawah untuk kata laluan lalai pentadbir.
Pilih Log in, dan kemudian masukkan kata laluan pentadbir, dan klik OK.
Pilih Product Security-Change Administrator Password.
Masukkan kata laluan dalam Current password dan New Password dan Confirm New Password. Masukkan nama pengguna, jika perlu.
Pilih OK.
Untuk memulihkan kata laluan pentadbir lalainya, pilih Restore Default Settings pada skrin Change Administrator Password.