Kabinet ini direka secara eksklusif untuk memasang pencetak di bahagian atas serta unit kaset kertas pilihan. Jangan pasang sebarang produk lain kecuali untuk pencetak dan unit kaset kertas yang dinyatakan.
Jangan panjat atau meletakkan objek berat di atas kabinet.
Pastikan kedua-dua penahan dipasang dengan kemas, jika tidak, pencetak boleh jatuh.
Kemaskan pencetak atau unit kaset kertas pilihan pada kabinet menggunakan dua alat pemasangan dan skru yang dibekalkan dengan kabinet.
Semasa menggunakan pencetak, pastikan anda mengunci bekas di hadapan kabinet.
Jangan alihkan kabinet semasa bekas dikunci.
Semasa mengalihkan kabinet dalam keadaan pencetak atau unit kaset kertas pilihan dipasang, elakkan daripada mengalihkan di atas permukaan yang tidak rata atau kasar.