> Maklumat Pentadbir > Mengurus Pencetak > Mengosongkan Data Memori Dalaman

Mengosongkan Data Memori Dalaman

Anda boleh memadamkan data memori dalaman pencetak, seperti fon dan makro yang dimuat turun untuk pencetakan PCL, atau kerja untuk pencetakan kata laluan.

Perhatian:

Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Kosongkan Data Memori Dalaman

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Device Management > Kosongkan Data Memori Dalaman

  4. Klik Padam untuk Kosongkan Semua.