Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak
Tetapan Pencetak
Tetapan Punca Kertas
Tetapan Kertas
Pilih saiz kertas dan jenis kertas yang anda muatkan dalam sumber kertas.
Keutamaan Dulang Kertas
Pilih Hdp untuk memberi keutamaan cetakan kepada kertas yang diisi dalam dulang kertas.
Auto Tukar A4/Letter
Pilih Hdp untuk menyuapkan kertas daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz A4 apabila tiada sumber kertas ditetapkan sebagai Surat atau suapan daripada sumber kertas yang ditetapkan sebagai saiz Surat apabila tiada sumber kertas yang ditetapkan sebagai A4.
Tetapan Auto Pilih
Apabila kertas habis, kertas disuap secara automatik daripada sumber kertas yang mempunyai tetapan sama seperti tetapan kertas untuk tugas cetakan. Anda boleh menetapkan pemilihan automatik untuk setiap sumber kertas. Anda tidak boleh menetapkan segala-galanya kepada mati.
Tetapan ini dinyahdayakan apabila anda memilih sumber kertas khusus dalam tetapan kertas untuk tugas cetakan. Bergantung pada tetapan jenis kertas pada tab Utama pemacu pencetak, kertas mungkin tidak disuap secara automatik.
Notis Ralat
Notis Saiz Kertas
Pilih Hdp untuk memaparkan mesej ralat apabila saiz kertas yang dipilih tidak sepadan dengan kertas yang dimuatkan.
Notis Jenis Kertas
Pilih Hdp untuk memaparkan mesej ralat apabila jenis kertas yang dipilih tidak sepadan dengan kertas yang dimuatkan.
Pprn Auto Persediaan Krts
Pilih Hdp untuk memaparkan skrin Tetapan Kertas semasa memuatkan kertas dalam sumber kertas. Jika anda menyahdayakan ciri ini, anda tidak boleh mencetak daripada iPhone, iPad atau iPod touch menggunakan AirPrint.
Bahasa Cetak
USB
Pilih bahasa cetakan untuk antara muka USB.
Rangkaian
Pilih bahasa cetakan untuk antara muka rangkaian.
Tetapan Cetakan Universal
Tetapan cetakan ini digunakan apabila anda mencetak menggunakan peranti luaran tanpa menggunakan pemacu pencetak. Tetapan ofset digunakan apabila anda mencetak menggunakan pemacu pencetak.
Ofset Atas
Laraskan margin atas kertas.
Ofset Kiri
Laraskan margin kiri kertas.
Ofset Atas di bahagian belakang
Laraskan margin atas untuk belakang halaman apabila menjalankan cetakan 2 muka.
Ofset Kiri di bahagian belakang
Laraskan margin kiri untuk belakang halaman apabila menjalankan cetakan 2 muka.
Periksa Lebar Kertas
Pilih Hdp untuk memeriksa lebar kertas sebelum mencetak. Ini mencegah cetakan melebihi tepi kertas semasa tetapan saiz kertas tidak betul, tetapi ini boleh mengurangkan kelajuan cetakan.
Langkau Halaman Kosong
Melangkau halaman kosong dalam data cetakan secara automatik untuk menjimat kertas.
Konfigurasi Cetak PDL
Tetapan Biasa
Saiz Kertas
Pilih saiz lalai kertas untuk pencetakan.
Jenis Kertas
Pilih jenis lalai kertas untuk pencetakan.
Orientasi
Pilih orientasi lalai untuk pencetakan.
Kualiti
Pilih kualiti cetakan.
Mod Jimat Dakwat
Pilih Hdp untuk menjimatkan dakwat dengan mengurangkan ketumpatan cetakan.
Susunan Cetak
Pilih susunan cetakan, dari halaman pertama atau halaman terakhir.
Hlmn Terakhir di Atas
Memulakan cetakan daripada halaman pertama fail.
Hlmn Pertama di Atas
Memulakan pencetakan dari halaman terakhir fail.
Bilangan Salinan
Tetapkan bilangan salinan untuk dicetak.
Margin Pengikatan
Pilih kedudukan pengikat.
Penolakan Kertas Auto
Pilih Hdp untuk menolak keluar kertas secara automatik ketika pencetakan dihentikan semasa tugas cetak.
Cetakan 2 Muka
Pilih Hdp untuk melakukan pencetakan 2 muka.
Menu PCL
Buat tetapan untuk pencetakan PCL.
Sumber Fon
Residen
Pilih untuk menggunakan fon yang diprapasang pada pencetak.
Muat turun
Pilih untuk menggunakan fon yang telah anda muat turun.
Nombor Fon
Pilih nombor fon lalai untuk Sumber Fon lalai. Nombor yang tersedia berbeza-beza bergantung pada tetapan yang anda buat.
Pic
Tetapkan pic fon lalai jika fon adalah boleh skala dan pic tetap. Anda boleh memilih dari 0.44 hingga 99.99 cpi (aksara setiap inci), dalam kenaikan 0.01.
Item ini mungkin tidak kelihatan bergantung pada tetapan Sumber Fon atau Nombor Fon.
Tinggi
Tetapkan ketinggian fon lalai jika fon adalah boleh skala dan berkadar. Anda boleh memilih dari 4.00 hingga 999.75 titik, dalam kenaikan 0.25.
Item ini mungkin tidak kelihatan bergantung pada tetapan Sumber Fon atau Nombor Fon.
Set Simbol
Pilih set simbol lalai. Jika fon yang anda pilih dalam Sumber Fon dan tetapan Sumber Fon tidak tersedia dalam tetapan set simbol baharu, tetapan Sumber Fon dan Nombor Fon digantikan secara automatik dengan nilai lalai, IBM-US.
Borang
Tetapkan bilangan baris untuk saiz dan orientasi kertas yang dipilih. Ini juga menyebabkan perubahan penjarakan baris (VMI) dan nilai VMI baharu disimpan dalam pencetak. Ini bermakna bahawa perubahan kemudian dalam tetapan saiz atau orientasi kertas menyebabkan perubahan dalam nilai Borang berdasarkan VMI yang disimpan.
Fungsi CR
Pilih arahan kembali pembawa apabila mencetak dengan pemacu daripada sistem operasi tertentu.
Fungsi LF
Pilih arahan suap baris apabila mencetak dengan pemacu daripada sistem operasi tertentu.
Peruntukan Sumber Kertas
Tetapkan tugasan untuk arahan pilih sumber kertas. Apabila 4 dipilih, arahan ditetapkan sebagai serasi dengan HP LaserJet 4. Apabila 4K dipilih, arahan ditetapkan sebagai serasi dengan HP LaserJet 4000, 5000 dan 8000. Apabila 5S dipilih, arahan ditetapkan sebagai serasi dengan HP LaserJet 5S.
Menu PS
Buat tetapan untuk pencetakan PS.
Helaian Ralat
Pilih Hdp untuk mencetak helaian yang menunjukkan status apabila ralat berlaku semasa pencetakan PostScript atau PDF.
Pewarnaan
Pilih mod warna untuk pencetakan PostScript.
Perduaan
Pilih Hdp apabila mencetak data yang mengandungi imej binari. Aplikasi mungkin menghantar data binari jika tetapan pemacu pencetak ditetapkan kepada ASCII tetapi anda boleh mencetak data apabila ciri ini didayakan.
Saiz Halaman PDF
Pilih saiz kertas semasa mencetak fail PDF.
Penyelesai Ralat Auto
Pilih tindakan untuk dijalankan apabila ralat cetakan 2 muka atau ralat memori penuh berlaku.
Hdp
Memaparkan amaran dan mencetak dalam mod satu muka apabila ralat cetakan 2 muka berlaku atau mencetak maklumat yang dapat diproses oleh pencetak sahaja apabila ralat memori penuh berlaku.
Mati
Memaparkan mesej ralat dan membatalkan cetakan.
Kertas Tebal
Pilih Hidup untuk mengelakkan dakwat daripada tercalit pada cetakan anda, namun begitu, langkah ini boleh merendahkan kelajuan cetakan.
Mod Senyap
Pilih Hdp untuk mengurangkan bising semasa mencetak, namun begitu, ini boleh mengurang kelajuan cetakan. Bergantung pada jenis kertas dan tetapan kualiti cetakan yang anda pilih, mungkin tidak terdapat perbezaan dalam tahap bising pencetak. Pilih Hdp untuk mengutamakan pengurangan hingar operasi. Untuk mengutamakan kelajuan cetakan, pilih Hidup (Paras rendah).
Masa Kering Dakwat
Pilih masa pengeringan dakwat yang ingin digunakan semasa melakukan cetakan 2 muka. Selepas pencetak mencetak pada satu bahagian, pencetak akan menunggu sedikit masa untuk cetakan kering sebelum mencetak pada bahagian lain. Jika cetakan anda comot, tingkatkan tetapan masa.
Sambungan PC melalui USB
Pilih Dayakan untuk membolehkan komputer mengakses pencetak semasa disambungkan melalui USB. Apabila Nyahdaya dipilih, cetakan yang tidak dihantar melalui sambungan rangkaian akan disekat.
Tetapa Tamat Masa USB I/F
Tentukan tempoh masa dalam saat yang mesti berlalu sebelum menamatkan komunikasi USB dengan komputer selepas pencetak menerima tugas cetak daripada pemacu pencetak PostScript atau pemacu pencetak PCL. Jika penamatan tugas tidak ditakrifkan dengan jelas daripada pemacu pencetak PostScript atau pemacu pencetak PCL, ia boleh menyebabkan komunikasi USB tanpa henti. Apabila ini berlaku, pencetak menamatkan komunikasi selepas masa tertentu berlalu. Masukkan 0 (sifar) jika anda tidak mahu menamatkan komunikasi.