> Menyelesaikan Masalah > Sudah Tiba Masanya untuk Menggantikan Unit Bekalan Dakwat > Menjimatkan Dakwat Hitam apabila Dakwat Hitam Rendah (untuk Windows Sahaja)

Menjimatkan Dakwat Hitam apabila Dakwat Hitam Rendah (untuk Windows Sahaja)

Apabila dakwat hitam semakin kurang dan masih terdapat dakwat warna yang mencukupi, anda boleh menggunakan campuran dakwat warna untuk menghasilkan dakwat hitam. Anda boleh terus mencetak sambil menyediakan unit bekalan dakwat ganti untuk dakwat hitam.

Ciri ini hanya tersedia apabila anda memilih tetapan berikut dalam pemacu pencetak.

  • Jenis Kertas: kertas biasa

  • Kualiti: Standard

  • EPSON Status Monitor 3: Didayakan

Perhatian:
  • Sekiranya EPSON Status Monitor 3 dinyahdayakan, akses pemacu pencetak, klik Tetapan Dilanjutkan pada tab Penyelenggaraan, dan kemudian pilih Dayakan EPSON Status Monitor 3.

  • Hitam komposit kelihatan sedikit berbeza daripada hitam tulen. Selain itu, kelajuan cetakan turut berkurangan.

  • Untuk mengekalkan kualiti kepala cetakan, dakwat hitam turut digunakan.

Pilihan

Penerangan

Ya

Pilih untuk menggunakan campuran dakwat warna untuk menghasilkan warna hitam. Tetingkap ini dipaparkan kali berikutnya anda mencetak tugas yang serupa.

Tidak

Pilih untuk terus menggunakan baki dakwat hitam. Tetingkap ini dipaparkan kali berikutnya anda mencetak tugas yang serupa.

Nyahdayakan ciri ini

Pilih untuk terus menggunakan baki dakwat hitam. Tetingkap ini tidak dipaparkan sehingga anda menggantikan unit bekalan dakwat dan paras dakwat menjadi kurang semula.