Eksport tetapan untuk pencetak.
Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.
Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.
Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.
Pilih dalam susunan berikut.
Tab Device Management > Export and Import Setting Value > Export
Pilih tetapan yang ingin anda eksport.
Pilih tetapan yang ingin dieksport. Jika anda memilih kategori induk, subkategori juga perlu dipilih. Walau bagaimanapun, subkategori yang menyebabkan ralat dengan penduaan dalam rangkaian yang sama (seperti alamat IP dan sebagainya) tidak boleh dipilih.
Masukkan kata laluan untuk menyulitkan fail yang dieksport.
Anda memerlukan kata laluan untuk mengimport fail. Biarkan kosong jika anda tidak mahu menyulitkan fail.
Klik Export.
Jika anda ingin mengeksport tetapan rangkaian pencetak seperti nama peranti dan alamat IPv6, pilih Enable to select the individual settings of device dan pilih lebih banyak item. Hanya gunakan nilai yang dipilih untuk pencetak gantian.