> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Produk > Menggunakan Ciri Log Audit

Menggunakan Ciri Log Audit

Anda boleh mendayakan ciri Log Audit atau mengeksport data log.

Menyemak log audit secara berkala boleh membantu mengenal pasti penggunaan yang tidak wajar pada awal dan mengesan kemungkinan isu keselamatan.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Product Security > Audit Log

  4. Ubah tetapan sebagaimana yang diperlukan.

    • Audit log setting
      Pilih ON, dan kemudian klik OK untuk mendayakan ciri ini.
      Perhatian:

      Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

      Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Tetapan Keselamatan > Log Audit

    • Exports the audit logs to the CSV file.
      Klik Export untuk mengeksport log sebagai fail CSV.
    • Deletes all audit logs.
      Klik Delete untuk memadam semua data log.