> Menyelesaikan Masalah > Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Mesej Dipaparkan pada Skrin LCD

Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada skrin LCD, ikut arahan pada skrin atau penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Mesej Ralat

Penyelesaian

Ralat Pencetak

Hidupkan pencetak sekali lagi. Lihat dokumen anda untuk butiran lanjut.

  • Alih keluar sebarang kertas atau bahan pelindung dalam pencetak dan kaset kertas. Sekiranya mesej ralat masih dipaparkan selepas mematikan dan menghidupkan semula kuasa, hubungi sokongan Epson.

  • Apabila kod ralat berikut dipaparkan, semak kertas untuk bilangan maksimum helaian yang boleh dimuatkan dalam setiap sumber kertas.

    000181, 000184

Kertas keluar dalam XX.

Muatkan kertas dan masukkan kaset kertas sepenuhnya.

Terlalu banyak unit kaset kertas yang dipasang. Matikan kuasa dan nyahpasang unit tambahan. Lihat dokumentasi anda untuk mendapatkan butiran.

Anda boleh memasang sehingga tiga unit kaset kertas pilihan. Bagi unit kaset kertas pilihan lain, nyahpasangnya dengan mengikut langkah terbalik untuk pemasangan.

Tidak dapat mencetak kerana XX rosak. Anda boleh mencetak dari kaset lain.

Matikan dan hidupkan kuasa semula dan kemudian masukkan semula kaset kertas. Jika mesej ralat masih dipaparkan, hubungi sokongan Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk meminta pembaikan.

Penggulung pikap dalam XX berada hampir pada akhir hayat perkhidmatannya.

Penggulung pikap perlu digantikan secara berkala. Kertas tidak dimuatkan dengan betul dari kaset kertas apabila tiba masa untuk penggantian. Sediakan penggulung pikap yang baharu.

Penggulung pikap dalam XX telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya.

Gantikan penggulung pikap. Selepas menggantikan penggulung, pilih Tetapan > Penyelenggaraan > Maklumat Penggulung pikap > Set Semula Pengira, kemudian pilih kaset kertas yang penggulung pikap digantikan.

Anda perlu menggantikan ink supply units.

Untuk memastikan anda menerima kualiti cetakan premium dan untuk membantu melindungi kepala cetak anda, simpanan keselamatan dakwat pembolehubah kekal dalam unit bekalan dakwat apabila pencetak anda menunjukkan sudah tiba masa untuk menggantikan unit bekalan dakwat. Gantikan dengan unit-unit bekalan dakwat baharu.

Paper Setup Auto Display ditetapkan kepada Mati. Beberapa ciri mungkin tidak tersedia. Untuk butiran, lihat dokumentasi anda.

Sekiranya Pprn Auto Persediaan Krts dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint.

Gabungan alamat IP dan topeng subnet tidak sah. Lihat dokumentasi anda utk butiran lanjut.

Hubungi pentadbir pencetak anda.

Kemas kini sijil punca untuk menggunakan perkhidmatan awan.

Hubungi pentadbir pencetak anda.

Pastikan ttpn port pencetak (seperti Alamat IP) atau pemacu pencetak betul melalui komp.

Pastikan port pencetak dipilih dengan betul dalam Ciri > Port dari menu Pencetak seperti berikut.

Pilih “USBXXX” untuk sambungan USB, atau “EpsonNet Print Port” untuk sambungan rangkaian.

Ralat suapan kertas. Kluarkn XX dan muatkan semula. Pastikan tiada kertas tersekat tertinggal di dlm pencetak.

Tarik keluar kaset kertas1, keluarkan kertas yang tersekat dari dalam pencetak, dan kemudian masukkan semula kaset kertas.

Walaupun anda tidak boleh memasukkan kertas, periksa kedudukan kunci penggulung pikap. Jika kedudukannya salah, tolak kunci penggulung pikap dengan jari anda untuk membetulkan kedudukan. Lihat Manual Video Web untuk kedudukan kunci penggulung pikap.

https://support.epson.net/publist/vlink.php?code=NPD7274

Recovery Mode

Update Firmware

Hubungi pentadbir pencetak anda.