Teruskan Mencetak Sementara dengan Hanya Dakwat Hitam (Mac OS)

Perhatian:

Untuk menggunakan ciri ini menerusi rangkaian, sambungkan dengan Bonjour.

  1. Klik ikon pencetak dalam Dok.

  2. Batalkan kerja.

    Perhatian:

    Jika anda tidak dapat membatalkan cetakan daripada komputer, batalkan menggunakan panel kawalan.

  3. Pilih Keutamaan Sistem (atau Tetapan Sistem) daripada menu Apple> Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks), kemudian pilih pencetak. Klik Pilihan & Bekalan > Pilihan (atau Pemacu).

  4. Pilih Hidup sebagai tetapan Blh cetak hitam sementara.

  5. Mengakses dialog cetakan.

  6. Pilih Tetapan Cetak daripada menu timbul.

  7. Pilih jenis kertas yang menyokong Blh cetak hitam sementara sebagai tetapan Jenis Media.

  8. Pilih Skala Kelabu.

  9. Tetapkan item lain yang perlu.

  10. Klik Cetak.