> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Produk > Menyulitkan Kata Laluan

Menyulitkan Kata Laluan

Penyulitan kata laluan membolehkan anda menyulitkan maklumat sulit (semua kata laluan, kunci peribadi sijil) yang disimpan dalam pencetak.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Product Security > Password Encryption

    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Tetapan Keselamatan > Penyulitan Kata Laluan

  4. Pilih ON untuk membolehkan penyulitan.

  5. Klik OK.