Semasa menyegerakkan dengan pelayan masa (pelayan NTP), anda boleh menyegerakkan masa pencetak dan komputer pada rangkaian. Pelayan masa boleh dikendalikan dalam organisasi atau diterbitkan di Internet.
Semasa mengguna sijil CA atau pengesahan Kerberos, masalah berkaitan masa boleh dihalang dengan menyegerakkan dengan pelayan masa.
Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.
Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.
Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.
Pilih dalam susunan berikut.
Tab Device Management > Date and Time > Time Server.
Pilih Use untuk Use Time Server.
Masukkan alamat pelayan masa untuk Time Server Address.
Anda boleh menggunakan format IPv4, IPv6 atau FQDN. Masukkan 252 aksara atau kurang. Jika anda tidak menetapkannya, biarkan kosong.
Masukkan Update Interval (min).
Anda boleh menetapkan sehingga 10,080 minit mengikut minit.
Klik OK.
Anda boleh mengesahkan status sambungan dengan pelayan masa pada Time Server Status.