Anda boleh mencetak menggunakan pelbagai laluan dan protokol.
Anda boleh mengurangkan risiko keselamatan yang tidak diingini dengan mengehadkan pencetakan daripada laluan tertentu atau dengan mengawal fungsi yang tersedia.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan protokol.
Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.
Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.
Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.
Pilih dalam susunan berikut.
Tab Network Security > Protocol
Konfigurasikan setiap item.
Klik Next.
Klik OK.
Tetapan digunakan pada pencetak.