> Maklumat Pentadbir > Mengurus Pencetak > Pulihkan Tetapan Lalai

Pulihkan Tetapan Lalai

Anda boleh memilih tetapan rangkaian atau tetapan lain yang disimpan dalam pencetak dan memulihkan tetapan ini kepada lalainya.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Device Management > Restore Default Settings

  4. Pilih pilihan daripada senarai.

  5. Klik Execute.

    Ikut arahan pada skrin.