> Percetakan > Mencetak Dokumen > Mencetak daripada Komputer — Windows > Mencetak Fail Yang Dilindungi Kata Laluan

Mencetak Fail Yang Dilindungi Kata Laluan

Anda boleh menetapkan kata laluan untuk tugas cetakan supaya tugas ini mula mencetak hanya selepas kata laluan dimasukkan pada panel kawalan pencetak.

  1. Pada tab Lagi Pilihan pemacu pencetak, pilih Kerja Sulit dalam Jenis Kerja.

  2. Masukkan kata laluan dan kemudian, klik OK.

  3. Tetapkan item lain jika perlu, kemudian klik OK.

  4. Klik Cetak.

  5. Untuk mencetak tugas, pilih Cetak Drp Mmri Dlm pada skrin utama panel kawalan pencetak. Pilih tugas yang ingin dicetak dan masukkan kata laluan.