> Maklumat Pentadbir > Tetapan Keselamatan Rangkaian > Komunikasi SSL/TLS dengan Pencetak > Mengkonfigurasi Sijil Pelayan untuk Pencetak

Mengkonfigurasi Sijil Pelayan untuk Pencetak

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Network Security > SSL/TLS > Certificate

  4. Tentukan sijil yang akan digunakan pada Server Certificate.

    • Self-signed Certificate
      Sijil yang ditandatangani sendiri telah dijana oleh pencetak. Jika anda tidak mendapatkan sijil yang ditandatangani oleh CA, pilih ini.
    • CA-signed Certificate
      Jika anda mendapatkan dan mengimport sijil yang ditandatangani oleh CA terlebih dahulu, anda boleh menentukan ini.
  5. Klik Next.

    Satu mesej pengesahan dipaparkan.

  6. Klik OK.

    Pencetak dikemas kini.