> Maklumat Pentadbir > Mengurus Pencetak > Tetapan Penjimatan Kuasa Semasa Tidak Aktif

Tetapan Penjimatan Kuasa Semasa Tidak Aktif

Anda boleh menetapkan masa untuk beralih kepada mod penjimatan kuasa atau untuk mematikan kuasa apabila panel kawalan pencetak tidak digunakan untuk tempoh tertentu. Tetapkan masa bergantung pada persekitaran penggunaan anda.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Device Management > Power Saving

  4. Sediakan item berikut sebagaimana yang diperlukan.

    • Sleep Timer
      Masukkan masa untuk menukar mod penjimatan kuasa apabila tidak aktif.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Pemasa Tidur

    • Power Off Timer atau Power Off If Inactive
      Pilih masa dari masa pencetak tidak aktif hingga dimatikan secara automatik.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Pmsa Mati Ksa atau Tetapan Mati Kuasa > Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif

    • Power Off If Disconnected
      Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
      Lihat laman web berikut untuk tempoh masa yang ditetapkan.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Tetapan Mati Kuasa > Matikn Kuasa Jika Dinyahsmbngkn

  5. Klik OK.