Tidak Boleh Mengimport CA-signed Certificate

CA-signed Certificate dan maklumat pada CSR tidak sepadan.

Jika CA-signed Certificate dan CSR tidak mempunyai maklumat yang sama, CSR tidak boleh diimport. Semak perkara berikut:

  • Adakah anda cuba mengimport sijil ke peranti yang tidak mempunyai maklumat yang sama?

    Semak maklumat CSR dan kemudian, import sijil ke peranti yang mempunyai maklumat yang sama.

  • Adakah anda menulis ganti CSR yang disimpan dalam pencetak selepas menghantar CSR ke pihak berkuasa sijil?

    Dapatkan sijil yang ditandatangani oleh CA sekali lagi dengan CSR.

CA-signed Certificate melebihi 5KB.

Anda tidak boleh mengimport CA-signed Certificate lebih daripada 5 KB.

Kata laluan untuk mengimport sijil salah.

Masukkan kata laluan yang betul. Jika anda terlupa kata laluan, anda tidak boleh mengimport sijil tersebut. Dapatkan semula CA-signed Certificate.