Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas
Tetapan Asas
Kecerahan LCD
Laraskan kecerahan skrin LCD.
Pemasa Tidur
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.
Pmsa Mati Ksa
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Tetapan Mati Kuasa
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pmsa Mati Ksa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsmbngkn
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.