> Maklumat Pentadbir > Mengurus Pencetak > Menetapkan Panel Kawalan

Menetapkan Panel Kawalan

Penyediaan untuk panel kawalan pencetak. Anda boleh sediakan seperti berikut.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Device Management > Control Panel

  4. Sediakan item berikut sebagaimana yang diperlukan.

    • Language
      Pilih bahasa yang dipaparkan pada panel kawalan.
    • Panel Lock
      Jika anda memilih ON, kata laluan pentadbir diperlukan apabila anda melaksanakan pengendalian yang memerlukan autoriti pentadbir. Jika kata laluan pentadbir tidak ditetapkan, kunci panel dinyahdayakan.
    • Operation Timeout
      Jika anda memilih ON, apabila anda melog masuk sebagai pengguna kawalan akses atau pentadbir, anda dilog keluar secara automatik dan pergi ke skrin asal jika tiada aktiviti selama tempoh masa tertentu.
      Anda boleh tetapkan antara 10 saat dan 240 minit mengikut saat.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    • Language: Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Bahasa/Language

    • Panel Lock: Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Tetapan Keselamatan > Tetapan Pentadbir > Tetapan Kunci

    • Operation Timeout: Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Operasi Tamat Masa (Anda boleh menentukan Hidup atau Mati.)

  5. Klik OK.