Anda boleh menambah atau mengalih keluar pratetap anda sendiri untuk tetapan cetakan yang kerap digunakan. Pilih pratetap yang ingin anda gunakan daripada senarai.
Tunjuk Tetapan/Sembunyi Tetapan
Memaparkan senarai item yang sedang ditetapkan pada tab Utama dan Lagi Pilihan. Anda boleh menunjukkan atau menyembunyikan skrin senarai tetapan semasa.
Pulihkan Lalai
Kembalikan semua tetapan kepada nilai lalai kilangnya. Tetapan pada tab Utama juga ditetapkan semula kepada lalainya.
Jenis Kerja
Pilih Kerja Sulit untuk menetapkan kata laluan bagi melindungi dokumen rahsia semasa mencetak. Jika anda menggunakan ciri ini, data cetakan disimpan dalam pencetak dan hanya boleh dicetak selepas kata laluan telah dimasukkan menggunakan panel kawalan pencetak. Klik Tetapan untuk mengubah tetapan.
Pembetulan Warna
Automatik
Melaraskan tona imej secara automatik.
Tersuai
Membolehkan anda melakukan pembetulan warna manual. Tindakan mengklik Lanjutan akan membuka skrin Pembetulan Warna di mana anda boleh memilih kaedah pembetulan warna yang terperinci. Membenarkan anda menetapkan kaedah untuk Cetakan Warna Universal dan menekankan teks serta garis nipis apabila anda mengklik Pilihan Imej. Anda juga boleh mendayakan Pelicinan Pinggir dan Betulkan Mata Merah.
Tetapan Tambahan
Ciri Tera Air
Membenarkan anda membuat tetapan untuk corak anti-salinan, tera air atau pengepala dan pengaki.
Tambah/Padam
Membolehkan anda untuk menambahkan atau mengalih keluar sebarang corak antisalinan atau tera air yang ingin digunakan.
Tetapan
Membolehkan anda menetapkan kaedah cetakan untuk corak antisalinan atau tera air.
Pengepala/Pengaki
Anda boleh mencetak maklumat seperti nama pengguna dan tarikh percetakan dalam pengepala atau pengaki.
Putar 180°
Memutarkan halaman 180 darjah sebelum mencetak. Pilih item ini semasa mencetak pada kertas seperti sampul surat yang diisi dalam arah tetap dalam pencetak.
Cetakan dua arah
Mencetak apabila kepala cetak bergerak di kedua-dua arah. Kelajuan cetakan adalah lebih pantas, tetapi kualiti mungkin menurun.
Imej Cermin
Menyongsangkan imej supaya ia mencetak seperti ia akan muncul dalam cermin.
Mod Senyap
Mengurangkan bunyi bising pencetak. Walau bagaimanapun, mendayakan ciri Ini akan mengurangkan kelajuan cetakan.