Ikut langkah di bawah untuk memasang aplikasi yang diperlukan.
Log masuk ke komputer anda sebagai pentadbir. Masukkan kata laluan pentadbir jika komputer menggesa anda.
Semasa memasang semula aplikasi, anda perlu menyahpasangnya dahulu.
Keluar daripada semua aplikasi yang sedang berjalan.
Apabila memasang pemacu pengimbas (Epson Scan 2), putuskan sambungan pengimbas dan komputer buat sementara waktu.
Jangan sambungkan pengimbas dan komputer sehingga anda diarahkan untuk berbuat demikian.
Pasang aplikasi dengan mengikut arahan pada Laman web di bawah.
Untuk Windows, anda boleh menggunakan cakera perisian yang disertakan dengan pengimbas.