Gunakan kaedah sambungan ini semasa anda tidak menggunakan Wi-Fi di rumah, di pejabat atau semasa anda ingin menyambungkan terus pengimbas dan komputer atau peranti pintar. Dalam mod ini, pengimbas bertindak sebagai penghala wayarles dan anda boleh menyambungkan peranti ke pengimbas tanpa perlu menggunakan penghala wayarles standard. Namun, peranti yang disambungkan terus ke pengimbas tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain menerusi pengimbas.

Pengimbas boleh disambungkan melalui Wi-Fi atau Ethernet dan sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) secara serentak. Namun, jika anda memulakan sambungan rangkaian dalam sambungan Wi-Fi Direct (AP Mudah) semasa pengimbas disambungkan melalui Wi-Fi, Wi-Fi itu akan diputuskan sambungan buat sementara waktu.