Mendaftar destinasi dalam senarai kenalan pengimbas membolehkan anda memasukkan destinasi dengan mudah semasa mengimbas.
Anda boleh mendaftar jenis destinasi berikut dalam senarai kenalan. Anda boleh mendaftar sehingga 300 entri secara keseluruhan.
Anda juga boleh menggunakan pelayan LDAP (carian LDAP) untuk memasukkan destinasi.
|
E-mel |
Destinasi untuk e-mel. Anda perlu mengkonfigurasi tetapan pelayan e-mel terlebih dahulu. |
|
Folder Rangkaian |
Destinasi untuk data imbasan. Anda perlu menyediakan folder rangkaian terlebih dahulu. |