Penyelesaian
Matikan peranti yang ingin disambungkan ke rangkaian. Tunggu kira-kira 10 saat, kemudian hidupkan peranti dalam aturan berikut; penghala wayarles, komputer atau peranti pintar dan pengimbas. Dekatkan pengimbas dan komputer atau peranti pintar ke penghala wayarles untuk mengukuhkan komunikasi gelombang radio, kemudian cuba lakukan tetapan rangkaian semula.

Penyelesaian
Selepas mengalihkan komputer atau peranti pintar dan pengimbas lebih dekat ke penghala wayarles, matikan penghala wayarles dan hidupkannya semula.
Penyelesaian
Buat tetapan sambungan semula supaya tetapan ini sepadan dengan penghala wayarles baru.
Penyelesaian
Apabila anda menggunakan beberapa penghala wayarles pada masa yang sama atau penghala wayarles mempunyai beberapa SSID dan peranti disambungkan ke SSID yang berbeza, anda tidak boleh menyambung ke penghala wayarles.
Sambungkan komputer atau peranti pintar ke SSID yang sama dengan pengimbas.

Penyelesaian
Kebanyakan penghala wayarles mempunyai ciri pemisah privasi yang menyekat komunikasi antara peranti yang tersambung. Jika anda tidak dapat berkomunikasi antara pengimbas dan komputer atau peranti pintar walaupun peranti disambungkan ke rangkaian yang sama, nyahdayakan pemisah privasi pada penghala wayarles. Lihat manual yang disertakan dengan penghala wayarles untuk butiran.
Penyelesaian
Jika alamat IP yang diperuntukkan kepada pengimbas ialah 169.254.XXX.XXX, dan topeng subnet ialah 255.255.0.0, alamat IP mungkin tidak diperuntukkan dengan betul.
Pilih Tetapan > Tetapan Rangkaian > Lanjutan > TCP/IP pada panel kawalan pengimbas, kemudian semak alamat IP dan topeng subnet yang diperuntukkan kepada pengimbas.
Mulakan semula penghala wayarles atau tetapkan semula tetapan rangkaian untuk pengimbas.
Penyelesaian
Cuba akses mana-mana laman web daripada komputer untuk memastikan tetapan rangkaian komputer anda betul. Jika anda tidak dapat mengakses mana-mana laman web, ada masalah pada komputer.
Semak sambungan rangkaian ke komputer. Lihat dokumen yang dibekalkan bersama dengan komputer untuk penerangan lanjut.
Penyelesaian
Apabila anda menyambungkan pengimbas melalui Ethernet menggunakan peranti yang menyokong IEEE 802.3az (Ethernet Cekap Tenaga), masalah berikut boleh berlaku bergantung pada hab atau penghala yang anda gunakan.
Sambungan menjadi tidak stabil, pengimbas disambungkan dan diputuskan sambungan berkali-kali.
Tidak dapat menyambung ke pengimbas.
Kelajuan komunikasi menjadi perlahan.
Ikut langkah di bawah untuk menyahdayakan IEEE 802.3az untuk pengimbas dan kemudian sambungkan.
Tanggalkan kabel Ethernet yang disambungkan ke komputer dan pengimbas.
Apabila IEEE 802.3az untuk komputer didayakan, nyahdayakannya.
Lihat dokumen yang dibekalkan bersama dengan komputer untuk penerangan lanjut.
Sambungkan terus komputer dan pengimbas dengan kabel Ethernet.
Pada pengimbas, semak tetapan rangkaian.
Pilih Tetapan > Status Rangkaian > Alamat IP.
Semak alamat IP pengimbas.
Pada komputer, akses Web Config.
Lancarkan pelayar Web, kemudian masukkan alamat IP pengimbas.
Pilih tab Network > Wired LAN.
Pilih OFF untuk IEEE 802.3az.
Klik Next.
Klik OK.
Tanggalkan kabel Ethernet yang disambungkan ke komputer dan pengimbas.
Jika anda menyahdayakan IEEE 802.3az untuk komputer dalam langkah 2, dayakannya.
Sambungkan kabel Ethernet yang anda tanggalkan dalam langkah 1 ke komputer dan pengimbas.
Jika masalah masih berlaku, peranti selain daripada pengimbas mungkin menjadi penyebab masalah itu.