Baca dan ikut arahan ini untuk memastikan produk ini dan pilihan digunakan dengan selamat. Pastikan anda menyimpan manual ini untuk rujukan pada masa hadapan. Selain itu, pastikan anda mengikut semua amaran dan arahan yang ditandakan pada produk dan pilihan.
Sesetengah simbol yang digunakan pada produk anda dan pilihan adalah untuk memastikan produk digunakan dengan selamat dan betul. Lawati Laman web berikut untuk mengetahui makna simbol tersebut.
Letakkan produk dan pilihan pada permukaan yang rata dan stabil yang lebih luas daripada tapak produk dan pilihan dalam semua arah. Jika anda meletakkan produk dan pilihan di dinding, jarakkan ruang antara produk dan pilihan dari dinding lebih daripada 10 sm.
Letakkan produk dan pilihan berdekatan komputer supaya kabel antara muka mudah disambungkan. Jangan letakkan atau simpan produk dan pilihan atau penyesuai AC di kawasan luar, berdekatan tempat yang terlalu kotor atau berhabuk, berair, tempat yang panas atau di lokasi yang terdapat renjatan elektrik, getaran, bersuhu atau kelembapan tinggi, pancaran matahari, sumber cahaya yang kuat atau perubahan suhu atau kelembapan yang cepat.
Jangan gunakan semasa tangan anda basah.
Letakkan produk dan pilihan berdekatan soket elektrik supaya mudah mencabut palam penyesuai.
Kod penyesuai AC hendaklah diletakkan bagi mengelakkan lelasan, terpotong, tergunting dan tercerut. Jangan letakkan objek di atas kord dan jangan biarkan penyesuai AC atau kord dipijak atau digelek. Pastikan kord lurus di bahagian hujung.
Gunakan kord kuasa yang dibekalkan dengan produk sahaja dan jangan gunakan kord itu dengan mana-mana peralatan lain. Penggunaan kord lain dengan produk ini atau penggunaan kord kuasa yang dibekalkan ini dengan peralatan lain boleh menyebabkan kebakaran tau renjatan elektrik.
Gunakan penyesuai AC yang disertakan dengan produk anda sahaja. Menggunakan mana-mana penyesuai lain boleh menyebabkan kebakaran, renjatan elektrik atau kecederaan.
Penyesuai AC direka untuk digunakan dengan produk yang dibekalkan bersamanya. Jangan cuba gunakannya dengan peranti elektronik lain melainkan dinyatakan sebaliknya.
Gunakan jenis sumber kuasa yang ditunjukkan pada label penyesuai AC sahaja dan sentiasa bekalkan kuasa terus dari salur elektrik domestik standard dengan penyesuai AC yang memenuhi standard keselamatan tempatan yang berkaitan.
Semasa menyambungkan produk ini dan pilihan ke komputer atau peranti lain dengan kabel, pastikan arah penyambung betul. Setiap penyambung mempunyai satu arah yang betul sahaja. Apabila anda memasang penyambung dengan arah yang salah, anda boleh merosakkan kedua-dua peranti yang disambungkan dengan kabel.
Elakkan daripada menggunakan salur elektrik pada litar yang sama dengan mesin fotostat atau sistem kawalan udara yang kerap dihidupkan dan dimatikan.
Jika anda menggunakan kord sambungan dengan produk ini, pastikan jumlah rating ampere peranti yang dipalamkan pada kord sambungan tidak melebihi rating ampere kord. Selain itu, pastikan jumlah rating ampere bagi semua peranti yang dipalamkan pada salur elektrik tidak melebihi rating ampere salur elektrik.
Jangan leraikan, ubah suai atau cuba membaiki penyesuai AC, produk atau pilihan produk dengan sendiri kecuali seperti yang diterangkan secara khusus dalam panduan produk.
Jangan masukkan objek ke dalam sebarang bukaan kerana objek ini boleh menyentuh titik voltan berbahaya atau menyebabkan litar pintas. Berhati-hati dengan bahaya renjatan elektrik.
Jika kerosakan pada palam berlaku, gantikan set kord atau rujuk juruelektrik yang berkelayakan. Jika terdapat fius di dalam palam, pastikan anda menggantikan fius dengan saiz dan rating yang betul.
Tanggalkan palam produk, pilihan dan penyesuai AC serta rujuk kakitangan servis yang berkelayakan untuk melakukan servis di bawah keadaan berikut: Penyesuai AC atau palam rosak; produk, pilihan atau penyesuai AC dimasuki air; produk atau penyesuai AC telah jatuh atau bekasnya telah rosak; produk, pilihan atau penyesuai AC tidak berfungsi seperti biasa atau menunjukkan perubahan prestasi yang ketara. (Jangan laraskan kawalan yang tidak terdapat dalam arahan pengendalian.)
Tanggalkan palam produk dan penyesuai AC sebelum membersihkan. Bersihkan dengan kain lembap sahaja. Jangan gunakan pembersih berbentuk cecair atau aerosol kecuali seperti yang diterangkan secara khusus dalam panduan produk.
Jika anda tidak mahu menggunakan produk untuk jangka masa yang lama, pastikan anda menanggalkan palam penyesuai AC dari salur elektrik.
Selepas menggantikan bahagian guna habis, lupuskan bahagian tersebut dengan betul mengikut peraturan pihak berkuasa tempatan anda. Jangan meleraikannya.
Jauhkan produk ini sekurang-kurangnya 22 sm dari perentak jantung. Gelombang radio daripada produk ini boleh memberi kesan buruk kepada pengendalian perentak jantung.
Jangan gunakan produk ini di dalam kemudahan perubatan atau berhampiran peralatan perubatan. Gelombang radio daripada produk ini boleh memberi kesan buruk kepada pengendalian peralatan perubatan elektrik.
Jangan gunakan produk ini berhampiran peranti yang dikawal secara automatik seperti pintu automatik atau penggera kebakaran. Gelombang radio daripada produk ini boleh memberi kesan buruk kepada peranti ini dan boleh menyebabkan kemalangan kerana pincang tugas.
Sekiranya skrin LCD rosak, hubungi pengedar anda. Sekiranya larutan kristal cecair terkena tangan anda, cuci mereka secara menyeluruh dengan sabun dan air. Sekiranya larutan kristal cecair masuk ke dalam mata anda, segera siram mereka dengan air. Sekiranya ketidakselesaan atau masalah penglihatan kekal selepas curahan menyeluruh, sila berjumpa doktor dengan segera.