> Mengimbas > Mengimbas dalam Mod Suapan Automatik

Mengimbas dalam Mod Suapan Automatik

Dalam Mod Suapan Automatik, imbasan bermula secara automatik apabila dokumen diisi dalam ADF. Ini berguna apabila anda ingin mengimbas dokumen satu per satu atau menambahkan dokumen pada proses imbasan semasa.

Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda juga boleh menggunakan Mod Suapan Automatik.

  1. Mulakan Epson Scan 2.

    Perhatian:

    Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap Epson Scan 2 dengan menekan butang Tetapan Terperinci pada skrin tetapan imbasan.

  2. Pilih Mod Suapan Automatik pada tab Tetapan Utama.

  3. Buat tetapan lain untuk mengimbas dalam tetingkap utama Epson Scan 2.

  4. Klik Imbas.

    Perhatian:

    Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, klik Simpan untuk menyimpan tetapan imbasan. Apabila anda mula mengimbas, Mod Suapan Automatik dimulakan.

    Mod Suapan Automatik bermula.

    Tetingkap Mod Suapan Automatik dipaparkan pada komputer dan pengimbas anda.

  5. Laraskan panduan tepi dan letakkan dokumen dalam ADF.

    Imbasan bermula secara automatik.

  6. Selepas imbasan berhenti, letakkan dokumen seterusnya dalam ADF.

    Ulangi prosedur ini sehingga anda selesai mengimbas semua dokumen.

    Perhatian:

    Anda boleh menetapkan Tetapan Pengimbas pada panel kawalan pengimbas.

    · Perlahan: Memperlahankan kelajuan imbasan. Gunakan ini untuk mengimbas dokumen yang mungkin akan tersekat, contohnya kertas nipis.

    · Masa Henti Suapan Berganda: Tetapkan pengendalian apabila sebarang suapan berganda dikesan.

    · Fungsi DFDS: Melangkau pengesanan suapan berganda sekali dan meneruskan imbasan. Gunakan ini untuk mengimbas dokumen yang dikesan sebagai suapan berganda, contohnya kad plastik atau sampul surat.

    · Prlindungn Krtas: Mengurangkan kerosakan pada dokumen dengan menghentikan imbasan dengan serta-merta apabila ralat suapan berlaku.

    · Pengesanan Kotoran Kaca: Mengesan kotoran pada permukaan kaca di dalam pengimbas.

  7. Selepas anda mengimbas semua dokumen, tutup Mod Suapan Automatik.

    Pilih Selesai pada panel kawalan pengimbas atau tekan Selesai pada skrin Mod Suapan Automatik yang dipaparkan pada komputer anda.

    Perhatian:

    Anda boleh membuat tetapan tamat masa untuk keluar daripada Mod Suapan Automatik.

    Pilih Tetapan pada senarai Sumber Dokumen untuk membuka skrin Tetapan Sumber Dokumen. Tetapkan waktu tamat masa pada skrin yang dipaparkan.

    Imej yang diimbas disimpan pada folder yang anda tentukan.