> Mengimbas > Pengimbasan Menggunakan Panel Kawalan Pengimbas > Mengimbas kepada Awan > Pilihan Menu Asas untuk Mengimbas kepada Awan

Pilihan Menu Asas untuk Mengimbas kepada Awan

Perhatian:

Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.

Jenis Imej:

Pilih warna imej output.

Apabila anda memilih yang berikut, pengimbas mengesan warna dokumen secara automatik dan menyimpan imej menggunakan warna yang dikesan.

  • Warna/Skala Kelabu:

    Menukar imej yang diimbas menjadi warna 24 bit atau kelabu 8 bit.

Jenis Imej yang tersedia mungkin berbeza-beza bergantung pada Format Fail yang anda pilih. Lihat berikut untuk mendapatkan butiran lanjut.

Kombinasi Format Fail dan Jenis Imej yang tersedia

Format Fail:

Pilih format untuk menyimpan imej yang diimbas.

Apabila anda mahu menyimpan sebagai PDF, pilih sama ada hendak menyimpan semua dokumen sebagai satu fail (berbilang halaman) atau menyimpan setiap dokumen secara berasingan (satu halaman).

Bahagian Diimbas:

Pilih muka halaman dokumen yang hendak diimbas.

  • Jilidkan(Asal):

    Pilih arah ikatan dokumen.

Saiz Asal:

Pilih saiz dokumen yang diletakkan.

  • Pgkas Margin utk Saiz "Auto":

    Laraskan kawasan yang dipotong apabila memilih Kesan Auto.

  • Imbas kad berlamina:

    Untuk dokumen berlamina, kawasan yang lut sinar di sekeliling bahagian tepi juga akan diimbas.

Perhatian:

Kesan yang bersesuaian mungkin tidak dicapai bergantung pada dokumen asal.