Menyahpasang Aplikasi Anda untuk Mac OS

Perhatian:

Pastikan anda telah memasang EPSON Software Updater.

  1. Muat turun Penyahpasang menggunakan EPSON Software Updater.

    Selepas anda memuat turun Penyahpasang, anda tidak perlu memuat turunnya semula setiap kali anda menyahpasang aplikasi.

  2. Putuskan sambungan pengimbas daripada komputer anda.

  3. Untuk menyahpasang pemacu pengimbas, pilih Pilihan Sistem daripada menu Apple > Pencetak & Pengimbas (atau Cetak & Imbas, Cetak & Faks) dan alih keluar pengimbas daripada senarai pengimbas yang didayakan.

  4. Keluar daripada semua aplikasi yang sedang berjalan.

  5. Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software > Penyahpasang.

  6. Pilih aplikasi yang ingin dinyahpasang dan klik Nyahpasang.

    Penting:

    Penyahpasang mengalih keluar semua pemacu untuk pengimbas Epson pada komputer. Jika anda menggunakan beberapa pengimbas Epson dan anda hanya ingin memadamkan beberapa pemacu, padamkan semuanya dahulu dan pasang semula pemacu pengimbas yang diperlukan.

    Perhatian:

    Jika anda tidak menemui aplikasi yang ingin dinyahpasang dalam senarai aplikasi, anda tidak boleh menyahpasang menggunakan Penyahpasang. Dalam situasi ini, pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software, pilih aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian seretnya ke ikon tong sampah.