Tarik sambungan dulang input. Tarik keluar dulang output, panjangkan sambungan dulang output dan naikkan penahan.

Untuk dokumen bersaiz A4 atau lebih besar, pastikan anda tarik dan panjangkan sambungan dulang input.
Pastikan anda tarik dan panjangkan sambungan dulang output supaya dulang lebih panjang daripada dokumen dan naikkan penahan supaya dokumen yang ditolak keluar boleh ditindankan dengan betul pada dulang output.
Apabila mengisi dokumen bersaiz A4, panjangkan dulang output seperti yang ditunjukkan dalam imej berikut.

Penahan boleh digerakkan ke depan dan belakang pada sambungan dulang output supaya anda dapat melaraskan kedudukan penahan dengan mudah kepada kedudukan terbaik untuk dokumen yang diimbas.
Jika dokumen tebal terlanggar dulang output dan jatuh, simpan dulang output dan jangan gunakannya untuk menindan dokumen yang ditolak keluar.
Jika imej yang diimbas masih terjejas kerana dokumen yang ditolak keluar melanggar permukaan di bawah pengimbas, kami syorkan supaya anda meletakkan pengimbas di bahagian tepi meja supaya dokumen yang ditolak keluar boleh dijatuhkan dan anda boleh menangkapnya.
Tarik panduan tepi pada dulang input hingga ke hujung.

Kibaskan dokumen.
Pegang kedua-dua hujung dokumen dan kibaskan beberapa kali.

Sejajarkan bahagian sisi dokumen dengan bahagian bercetak menghadap ke bawah dan tarik dokumen yang pertama hingga menjadi bentuk baji.

Muatkan dokumen ke dalam dulang input dengan menghadap ke bawah dengan sisi bahagian atas menghadap ADF.
Tolak dokumen ke dalam ADF hingga ke hujung.

Tolak pandu sisi supaya rapat dengan dokumen dan pastikan tiada jarak antara dokumen dan pandu sisi. Jika tidak, dokumen mungkin disuap dalam keadaan condong.

Semasa mengimbas dokumen yang mengandungi lubang tebuk seperti helaian kertas yang diceraikan, muatkan dokumen dengan lubang menghadap ke tepi atau ke bawah. Tidak boleh ada sebarang lubang dalam jarak 30 mm (1,2 inci) di bahagian tengah dokumen. Namun, boleh ada lubang dalam jarak 30 mm (1,2 inci) dari bahagian tepi sebelah atas dokumen. Pastikan bahagian tepi lubang tebuk tidak bergerigi atau bergulung.

Semasa mengimbas kertas nipis yang renyuk yang menyebabkan kertas tersekat atau suapan berganda, anda boleh memperbetulkan keadaan ini dengan mendayakan Perlahan. Untuk melakukannya, pilih Tetapan > Tetapan Pengimbas > Perlahan pada panel kawalan dan tetapkannya kepada Hidup untuk memperlahankan kelajuan suapan.