Bergantung kepada dokumen, bahagian tepi dokumen mungkin tidak diimbas semasa mengesan saiz dokumen secara automatik.
Laras Potong Margin untuk Saiz "Auto" dalam tetingkap Epson Scan 2. Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap dengan menekan butang Tetapan Terperinci pada skrin Tetapan Imbasan.
Klik tab Tetapan Utama > Saiz Dokumen > Tetapan. Pada skrin Tetapan Saiz Dokumen, laraskan Potong Margin untuk Saiz "Auto".
Bergantung pada dokumen, kawasan dokumen mungkin tidak dikesan dengan betul semasa menggunakan ciri Auto Kesan. Pilih saiz dokumen yang betul daripada senarai Saiz Dokumen.
Jika saiz dokumen yang ingin diimbas tiada dalam senarai, buat saiz secara manual dalam tetingkap Epson Scan 2. Apabila anda menggunakan Document Capture Pro, anda boleh membuka tetingkap dengan menekan butang Tetapan Terperinci pada skrin Tetapan Imbasan.
Klik tab Tetapan Utama > Saiz Dokumen dan kemudian pilih Suaikan.