> Tetapan yang Diperlukan untuk Mengimbas > Mengkonfigurasi Pelayan Mel

Mengkonfigurasi Pelayan Mel

Tetapkan pelayan mel daripada Web Config.

Apabila pengimbas boleh menghantar e-mel dengan menetapkan pelayan mel, cara berikut boleh dilakukan.

  • Memindahkan hasil imbasan menggunakan e-mel

  • Menerima pemberitahuan e-mel daripada pengimbas

Semak di bawah sebelum menyediakan.

  • Pengimbas disambungkan kepada rangkaian yang boleh mengakses pelayan mel.

  • Maklumat tetapan e-mel komputer yang menggunakan pelayan mel yang sama seperti pengimbas.

Perhatian:
  • Apabila anda menggunakan pelayan mel di Internet, sahkan maklumat tetapan daripada pembekal atau laman web.

  • Anda juga boleh menetapkan pelayan mel daripada panel kawalan pengimbas. Akses seperti di bawah.

    Tetapan > Tetapan Rangkaian > Lanjutan > Pelayan E-mel > Tetapan Pelayan

  1. Akses Web Config dan pilih tab Network > Email Server > Basic.

  2. Masukkan nilai untuk setiap item.

  3. Pilih OK.

    Tetapan yang telah anda pilih dipaparkan.