Tekan Butang: Tetapkan kelantangan untuk bunyi ketikan pada panel kawalan atau apabila pengesahan berjaya pada skrin log masuk.
Nada ralat: Tetapkan kelantangan apabila ralat berlaku atau pengesahan gagal pada skrin log masuk.
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pengimbas tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.
Apabila anda mengelog masuk sebagai pentadbir pada panel kawalan, anda dilog keluar apabila pengimbas memasuki mod tidur.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pmsa Mati Ksa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan pengimbas secara automatik.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pengimbas secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang peningkatan akan menjejaskan kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan
Pilih tetapan ini untuk mematikan pengimbas selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.
Tarikh/Masa: Masukkan tarikh dan masa semasa.
Waktu Jimat Siang: Pilih tetapan waktu musim panas yang sesuai untuk kawasan anda.
Perbezaan Masa: Masukkan perbezaan waktu antara masa tempatan dan UTC (Waktu Universal Selaras).
Pilih Hidup untuk kembali ke skrin utama apabila tiada operasi dilakukan untuk masa tertentu. Tetapan ini diterapkan apabila sesuatu kecuali skrin utama dipaparkan.
Apabila anda mengelog masuk sebagai pentadbir pada panel kawalan, anda dilog keluar apabila panel dikembalikan ke skrin utama oleh operasi tamat masa.