Cara Menjalankan Web Config pada Windows

Apabila menyambungkan komputer ke pengimbas menggunakan WSD, ikut langkah berikut untuk menjalankan Web Config.

  1. Buka senarai pengimbas pada komputer.

    • Windows 11
      Klik butang mula, dan kemudian pilih Bluetooth & peranti > Pencetak & pengimbas.
    • Windows 10
      Klik pada butang mula, dan kemudian pilih Sistem Windows > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.
    • Windows 8.1/Windows 8
      Pilih Desktop > Tetapan > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi (atau Perkakasan).
    • Windows 7
      Klik butang mula, dan pilih Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.
  2. Klik kanan pada pengimbas anda dan pilih Ciri-ciri.

  3. Pilih tab Perkhidmatan Web dan klik URL.

    Oleh kerana pengimbas menggunakan sijil ditandatangani sendiri semasa mengakses HTTPS, amaran akan dipaparkan pada pelayar apabila anda memulakan Web Config; ini tidak menunjukkan masalah dan boleh diabaikan dengan selamat.

    Perhatian:
    • Maklumat berikut memberikan nilai awal untuk maklumat pentadbir Web Config.

      ·Nama pengguna: tiada (kosong)

      ·Kata laluan: Bergantung pada label yang dilekatkan pada produk.

      Semak kedudukan kod QR pada label yang dilekatkan di bahagian belakang produk.

      Jika Kod QR berada di sebelah kiri, nombor 8 digit pada label adalah kata laluan pentadbir awal.

      Jika Kod QR berada di sebelah kanan, nombor siri pada label yang dilekatkan di bahagian tapak produk ialah kata laluan pentadbir awal.

      Kata Laluan Pentadbir Awal

    • Jika Log out dipaparkan di bahagian atas sebelah kanan skrin, anda telah log masuk sebagai pentadbir.