Anda boleh mengubah kata laluan pentadbir daripada panel kawalan pengimbas.
Pilih Tetapan pada panel kawalan pengimbas.
Pilih Pentadbiran Sistem > Tetapan Pentadbir.
Pilih Kata Laluan Pentadbir > Tukar.
Masukkan kata laluan semasa anda.
Kata laluan pentadbir awal (lalai) pada masa pembelian berubah-ubah, bergantung pada label yang dilekatkan pada produk. Jika ada label “PASSWORD” yang dilekatkan di bahagian belakang, masukkan nombor 8-digit yang ditunjukkan pada label. Jika tiada label “PASSWORD” yang dilekatkan, masukkan nombor siri pada label yang dilekatkan di bahagian tapak produk untuk kata laluan pentadbir awal.
Masukkan kata laluan baharu anda.
Panjang kata laluan baharu itu mestilah 8 hingga 20 aksara dan hanya mengandungi simbol dan aksara abjad angka bait tunggal.
Pastikan agar kata laluan pentadbir yang anda tetapkan diingati. Jika anda terlupa kata laluan, anda tidak akan dapat menetapkannya semula dan perlu meminta bantuan daripada kakitangan perkhidmatan.
Masukkan kata laluan baharu itu semula untuk pengesahan.
Satu mesej pelengkapan dipaparkan.