Dalam Mod Suapan Automatik, imbasan bermula secara automatik apabila dokumen diisi dalam ADF. Ini berguna semasa mengimbas dokumen satu demi satu.
Mulakan Epson ScanSmart.
Klik
Tetapan.
Klik Tetapan Imbasan pada tab Tetapan Pengimbas.

Skrin Tetapan Imbasan dipaparkan.
Klik tab Tetapan Utama > Mod Suapan Automatik.

Tentukan tetapan lain untuk mengimbas pada skrin tetapan.
Anda boleh membuat tetapan tamat masa untuk keluar daripada Mod Suapan Automatik.
Pilih Tetapan pada senarai Sumber Dokumen untuk membuka tetingkap Tetapan Sumber Dokumen. Tetapkan Tamat Masa Mod Suapan Automatik (saat) pada skrin yang dipaparkan.
Klik Simpan untuk menutup skrin tetapan.
Klik Tutup untuk menutup tetingkap Tetapan.
Klik Imbas dua sisi atau Imbas satu sisi.
Mod Suapan Automatik bermula.
Tukar kedudukan pengimbas mengikut jenis dokumen, laraskan panduan tepi, dan kemudian letakkan dokumen dalam ADF.
Anda boleh menetapkan Tetapan Pengimbas pada panel kawalan pengimbas.
- Masa Henti Suapan Berganda: Tetapkan operasi untuk dilakukan apabila suapan berganda dikesan.
- Prlindungn Krtas: Mengurangkan kerosakan pada dokumen dengan menghentikan imbasan dengan serta-merta apabila ralat suapan berlaku.
- Kesan Kaca Kotor: Mengesan kotoran pada permukaan kaca di dalam pengimbas.
Imbasan bermula secara automatik.
Selepas imbasan berhenti, letakkan dokumen seterusnya dalam ADF.
Ulangi prosedur ini sehingga anda selesai mengimbas semua dokumen.
Selepas anda mengimbas semua dokumen, keluar daripada Mod Suapan Automatik.
Pilih Selesai pada panel kawalan pengimbas atau tekan Selesai pada skrin Mod Suapan Automatik yang dipaparkan pada komputer anda.
Ikut arahan Epson ScanSmart untuk menyimpan imej yang diimbas.