> Ciri Berguna > Menetapkan Ciri Perlindungan Dokumen

Menetapkan Ciri Perlindungan Dokumen

Untuk mengurangkan kerosakan pada dokumen, pengimbasan berhenti serta-merta apabila keadaan berikut dikesan.

  • Ralat suapan kertas telah berlaku

  • Dokumen telah disuap pada satu sudut

  • Gabungan kedudukan dokumen dan pengimbas tidak sepadan

Tetapan lalai adalah Hidup-Sederhana.

Penting:
  • Ciri ini tidak menghalang semua dokumen daripada rosak.

  • Ralat suapan kertas mungkin tidak dapat dikesan bergantung pada keadaan suapan dokumen yang disuap.

  1. Mulakan Epson Scan 2 Utility.

    • Windows 11
      Klik butang mula dan pilih Semua aplikasi > EPSON > Epson Scan 2 Utility.
    • Windows 10
      Klik butang mula dan pilih EPSON > Epson Scan 2 Utility.
    • Windows 8.1/Windows 8
      Masukkan nama aplikasi dalam bahagian carian, dan kemudian pilih ikon yang dipaparkan.
    • Windows 7
      Klik butang mula dan pilih Semua Program (atau Program) > EPSON > Epson Scan 2 > Epson Scan 2 Utility.
    • Mac OS
      Pilih Pergi > Aplikasi > Epson Software > Epson Scan 2 Utility.
  2. Buat tetapan yang berikut pada tab Tetapan Pengimbas.

    Tetapkan Perlindungan Kertas kepada Hidup-Rendah, Hidup-Sederhana atau Hidup-Tinggi.

    Untuk mendayakan ciri ini, pilih tahap pengesanan yang anda ingin gunakan. Lihat jadual berikut untuk mendapatkan perincian tentang setiap tahap.

    Tahap

    Penerangan

    Hidup-Rendah

    Rendahkan kepekaan untuk mengesan kesengetan dokumen.

    Hidup-Sederhana

    Kesan kesengetan dokumen yang dikokot dan kesengetan yang tidak dapat dikesan oleh Hidup-Rendah.

    Hidup-Tinggi

    Tingkatkan kepekaan untuk mengesan kesengetan dokumen.

    Perhatian:
    • Ciri ini mungkin tidak berfungsi dengan betul bergantung pada dokumen, keadaan penyuapan kertas dan tahap yang ditetapkan.

    • Jika positif palsu kerap berlaku, cuba turunkan tahapnya.

    • Jika yang dokumen berbentuk tidak sekata atau diimbas pada sudut, ia mungkin tersilap dikesan sebagai ralat suapan kertas.

    • Semasa mengisi beberapa dokumen, pastikan anda samakan bahagian hadapan dokumen. Dokumen boleh dikesan secara salah sebagai ralat suapan jika bahagian tepi dokumen tidak disamakan, walaupun jika diimbas dengan betul.

    • Pastikan anda menjajarkan panduan tepi dengan dokumen untuk mengelakkan mengimbasnya pada sudut.

  3. Klik Set untuk menggunakan tetapan kepada pengimbas.

Perhatian:

Apabila menggunakan panel kawalan, ketik Tetapan > Tetapan Pengimbas > Prlindungn Krtas dan kemudian pilih tahap perlindungan.