Meletakkan Kertas Panjang

Perhatian:

Pastikan terdapat ruang yang mencukupi di hadapan pengimbas untuk dokumen yang ditolak keluar.

  1. Pastikan ikon kedudukan pengimbas adalah (kedudukan laluan lurus).

    Sekiranya (kedudukan laluan menegak) dipaparkan, tarik pemilih kedudukan pengimbas untuk mencondongkan pengimbas kembali.

  2. Buka bekas input.

  3. Angkatkan sambungan bekas input.

  4. Gerakkan panduan tepi hingga menyentuh bahagian tepi sampul surat.

  5. Muatkan dokumen ke dalam bekas input dalam keadaan lurus, menghadap ke atas dengan sisi bahagian atas menghadap ADF.

    Masukkan kertas ke dalam ADF hingga ke hujung.

    Apabila memuatkan kertas panjang, sokongnya di bahagian input supaya ia tidak tercicir daripada ADF, dan bahagian keluaran supaya kertas yang dikeluarkan tidak tersekat atau jatuh dari bekas output.

  6. Laraskan panduan tepi agar sesuai dengan tepi dokumen supaya tiada celah. Jika terdapat sebarang celah, dokumen mungkin akan condong.

    Perhatian:
    • Selain itu, semasa mengimbas kertas panjang, sokong kedua-dua hujung dokumen dengan tangan anda untuk mengelakkannya daripada senget.

    • Lihat yang berikut untuk mendapatkan panjang maksimum bergantung pada situasi.

      Panjang Maksimum untuk Kertas Panjang

    • Anda perlu menentukan saiz kertas dalam tetingkap Epson Scan 2.

      Apabila anda menggunakan Epson ScanSmart, anda boleh membuka skrin Epson Scan 2 dengan mengklik butang Tetapan > tab Tetapan Pengimbas > Tetapan Imbasan.

      Terdapat tiga cara untuk menentukan saiz kertas dalam tetingkap Epson Scan 2.

      Jika panjang kertas ialah 3,048.0 mm (120 inci) atau kurang, anda boleh memilih Auto Kesan (Kertas Pjg) untuk mengesan saiz secara automatik.

      Jika panjang kertas lebih daripada 3,048.0 mm (120 inci), anda perlu memilih Suaikan dan masukkan saiz kertas. Jika panjang kertas ialah 5.461.0 mm (215 inci) atau kurang, anda boleh menggunakan Kesan panjang kertas dan tidak perlu memasukkan tinggi kertas. Jika kertas lebih panjang daripada 5,461.0 mm (215 inci), anda perlu memasukkan lebar dan tinggi kertas.