> Meletakkan Dokumen > Meletakkan Dokumen ke dalam Pengimbas > Meletakkan Dokumen Bersaiz Standard

Meletakkan Dokumen Bersaiz Standard

  1. Pastikan ikon kedudukan pengimbas adalah (kedudukan laluan menegak).

    Sekiranya (kedudukan laluan lurus) dipaparkan, tarik pemilih kedudukan pengimbas untuk mencondongkan pengimbas ke hadapan.

  2. Buka bekas input.

  3. Angkatkan sambungan bekas input.

  4. Gerakkan panduan tepi hingga menyentuh bahagian tepi sampul surat.

  5. Kibaskan dokumen.

    Pegang kedua-dua hujung dokumen dan kibaskan beberapa kali.

  6. Sejajarkan bahagian tepi dokumen, dan dengan bahagian tepi yang hendak diimbas menghadap ke atas, luncurkan tepi hadapan ke dalam bentuk baji.

  7. Letakkan dokumen ke dalam bekas input ADF menghadap ke atas dan dengan tepi atas menghadap ke dalam ADF.

    Masukkan kertas ke dalam ADF hingga ke hujung.

    • Semasa mengimbas dokumen yang mengandungi lubang tebuk seperti helaian kertas yang diceraikan, muatkan dokumen dengan lubang menghadap ke kiri, kanan atau menghadap ke bawah. Letakkan yang dokumen supaya tiada lubang dalam julat 15 mm (0.6 inci) ke kiri dan kanan (jumlah 30 mm (1.2 inci)) dari tengah dokumen. Namun, boleh ada lubang dalam jarak 30 mm (1,2 inci) dari bahagian tepi sebelah atas dokumen. Pastikan bahagian tepi lubang tebuk tidak bergerigi atau bergulung.
    • Letakkan dokumen yang dilipat supaya lipatan lembah berada di hadapan pengimbas dan pada sebelah ADF. Anda boleh memuatkan hingga 10 helaian. Dokumen dengan garis lipatan keras tidak boleh disuap dengan betul. Untuk dokumen seperti ini, ratakannya supaya ketinggian lipatan ialah 5 mm (0.2 inci) atau kurang sebelum memuatkannya.
    • Apabila mengimbas sijil anugerah dan dokumen tebal lain (dokumen dengan ketebalan 127 g/m² atau lebih), tukar pengimbas ke kedudukan laluan lurus dan muatkan hanya satu dokumen pada satu masa.
      Anda boleh menyemak kedudukan pengimbas daripada ikon kedudukan pengimbas pada panel. Sekiranya dipaparkan, pengimbas berada dalam kedudukan laluan lurus.Sekiranya dipaparkan, tarik tuil di bahagian belakang untuk mencondongkan pengimbas ke belakang.
      Apabila mengimbas dalam kedudukan laluan lurus, pastikan terdapat ruang yang mencukupi di hadapan pengimbas untuk dokumen yang ditolak keluar.
      Selain itu, jika dokumen yang dikeluarkan mengenai permukaan meja tempat pengimbas diletakkan dan ini menjejaskan imej yang diimbas, gerakkan pengimbas ke tepi meja supaya dokumen yang dikeluarkan boleh jatuh dan menangkapnya secara langsung.
  8. Laraskan panduan tepi agar sesuai dengan tepi dokumen supaya tiada celah. Jika tidak, dokumen mungkin disuap dalam keadaan condong.

    Perhatian:
    • Jika dokumen melebihi sambungan bekas input, sokong dokumen dengan satu tangan untuk mengelakkannya daripada jatuh dari ADF. Selain itu, semasa mengimbas dokumen, sokong kedua-dua hujung dokumen dengan tangan anda untuk mengelakkannya daripada senget.

    • Apabila mengimbas kertas nipis seperti risalah atau resit, atau semasa mengimbas dokumen yang cenderung melengkung selepas mengimbas, kami mengesyorkan agar sokongan output kertas disambungkan di kedua-dua tempat.

      Selepas memuatkan dokumen, tekan butang (dua tempat) untuk menaikkan sokongan output kertas.

    • Apabila mengimbas dokumen seperti kad perniagaan yang cenderung melengkung selepas mengimbas, kami mengesyorkan mengimbas dalam kedudukan laluan lurus dan hanya memuatkan satu dokumen pada satu masa.

    • Jika anda membatalkan imbasan semasa proses imbasan kelompok dokumen sedang dijalankan, dokumen kedua akan disuap sedikit ke dalam ADF dan imbasan akan berhenti. Buka penutup pengimbas untuk mengeluarkannya, kemudian muatkan halaman sekali lagi bersama dengan halaman pertama dan dokumen yang selebihnya.

    • Bergantung pada jenis kertas dan persekitaran pengimbas digunakan, dokumen mungkin terjatuh dari hadapan pengimbas selepas mengimbas. Dalam keadaan ini, muatkan lebih sedikit dokumen ke dalam pengimbas daripada bilangan asal yang ditentukan yang boleh dimuatkan.