> Menyelesaikan Masalah > Masalah pada Pengimbas > Menyemak Mesej Ralat pada Panel kawalan

Menyemak Mesej Ralat pada Panel kawalan

Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada panel kawalan, ikut arahan atau penyelesaian pada skrin di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Perhatian:

Lihat yang berikut jika mesej ralat dipaparkan semasa mengimbas folder rangkaian.

Mesej Dipaparkan pada Panel Kawalan semasa Mengimbas kepada Folder Rangkaian

Mesej Ralat

Penyelesaian

Suapan terhenti untuk melindungi dokumen asal. Buka penutup pengimbas dan keluarkannya.

  • Keluarkan dokumen dari dalam pengimbas dan periksa keadaan dokumen.

  • Produk ini menggunakan dua kedudukan yang berbeza untuk mengimbas, bergantung pada dokumen yang diimbas. Semak pautan untuk melihat kedudukan yang sesuai untuk dokumen anda.

    Gabungan Kedudukan Dokumen dan Pengimbas

Dokumen asal tersekat. Buka penutup pengimbas untuk mengeluarkan dokumen asal.

  • Keluarkan dokumen dari dalam pengimbas.

  • Produk ini menggunakan dua kedudukan yang berbeza untuk mengimbas, bergantung pada dokumen yang diimbas. Semak pautan untuk melihat kedudukan yang sesuai untuk dokumen anda.

    Gabungan Kedudukan Dokumen dan Pengimbas

Pasang perisian Epson ScanSmart pada komputer untuk menggunakan ciri ini. Lihat dokumentasi anda untuk butiran lanjut.

Buka senarai aplikasi pada komputer anda dan semak senarai untuk mencari Epson ScanSmart.

Jika perisian tidak dipasang pada komputer anda, pasang aplikasi itu dengan mengikuti arahan pada laman web di bawah.

https://epson.sn

Semak perkara berikut jika komputer tidak ditemui. - Sambungan antara pengimbas dan komputer (USB atau rangkaian) - Pemasangan perisian yang diperlukan - Bekalan kuasa ke komputer - Tetapan tembok api dan perisian keselamatan - Cari semula Lihat dokumentasi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Pastikan pengimbas disambung pada komputer dengan betul.

  • Pasang Epson ScanSmart pada komputer anda.

  • Pasang versi terkini aplikasi ini.

  • Pastikan penyesuai AC disambungkan dengan betul pada pengimbas dan salur elektrik.

    Pastikan salur elektrik berfungsi. Pasang palam peranti lain ke dalam salur elektrik dan pastikan anda boleh menghidupkan peranti itu.

  • Semak tetapan tembok api untuk perisian Epson.

  • Tetapkan kumpulan yang sama untuk pengimbas dan komputer.

  • Cari komputer sekali lagi.

Bahagian dalam pengimbas mungkin kotor. Bersihkannya.

Lihat bahagian berikut untuk membersihkan bahagian dalam pengimbas.

Membersihkan Bahagian Dalam Pengimbas

Jika masalah terus berlaku selepas anda melakukan pembersihan, hubungi pengedar tempatan anda.

Dokumen asal mungkin comot atau bahagian dalam pengimbas mungkin kotor. Bersihkan kotoran pada dokumen asal, dan kemudian bersihkan bahagian dalam pengimbas.

Gabungan alamat IP dan topeng subnet tidak sah. Lihat dokumentasi anda utk butiran lanjut.

Masukkan alamat IP yang betul atau get laluan lalai. Hubungi orang yang menyediakan rangkaian untuk mendapatkan bantuan.

RECOVERY MODE

Pengimbas telah bermula dalam mod pemulihan kerana kemas kini perisian tegar gagal. Ikut langkah di bawah untuk cuba mengemas kini perisian tegar semula.

1. Sambungkan komputer dan pengimbas dengan kabel USB. (Semasa mod pemulihan, anda tidak boleh mengemas kini perisian tegar melalui sambungan rangkaian.)

2. Lawati laman web Epson tempatan anda untuk mendapatkan arahan selanjutnya.