Meletakkan Kad Plastik

Perhatian:

Pastikan terdapat ruang yang mencukupi di hadapan pengimbas untuk dokumen yang ditolak keluar.

  1. Pastikan ikon kedudukan pengimbas adalah (kedudukan laluan lurus).

    Sekiranya (kedudukan laluan menegak) dipaparkan, tarik pemilih kedudukan pengimbas untuk mencondongkan pengimbas kembali.

  2. Buka bekas input.

  3. Angkatkan sambungan bekas input.

  4. Gerakkan panduan tepi hingga menyentuh bahagian tepi sampul surat.

  5. Muatkan kad plastik dengan sebelah yang akan diimbas menghadap ke atas dengan tepi atas menghadap ke dalam ADF.

    Masukkan kertas ke dalam ADF hingga ke hujung.

    Penting:

    Jangan muatkan kad plastik secara menegak.

  6. Laraskan panduan tepi agar sesuai dengan tepi kad supaya tiada celah. Jika tidak, dokumen mungkin disuap dalam keadaan condong.

    Perhatian:

    Untuk mengimbas kad plastik, buat tetapan yang sesuai dalam tetingkap Epson Scan 2.

    Apabila anda menggunakan Epson ScanSmart, anda boleh membuka tetingkap Epson Scan 2 dengan menekan butang Tetapan > tab Tetapan Pengimbas > Tetapan Imbasan.

    Pada tab Tetapan Utama dalam Epson Scan 2 pilih Kad Plastik dalam Saiz Dokumen atau pilih Mati untuk Kesan Penyuap Berganda. Lihat bantuan Epson Scan 2 untuk mendapatkan butiran.

    Jika anda belum menyahdaya Kesan Penyuap Berganda pada skrin Epson Scan 2 dan ralat suapan berganda berlaku, keluarkan kad daripada ADF dan muatkan semula.