Tekan Butang: Tetapkan kelantangan untuk bunyi ketikan pada panel kawalan.
Nada ralat: Tetapkan kelantangan untuk apabila ralat berlaku.
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pengimbas tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.
Anda juga boleh menetapkan daripada Web Config. Pilih Device Management > Power Saving > Sleep Timer.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pmsa Mati Ksa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan pengimbas secara automatik.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pengimbas secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang peningkatan akan menjejaskan kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsmbngkn
Pilih tetapan ini untuk mematikan pengimbas selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port USB diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.
Tarikh/Masa: Masukkan tarikh dan masa semasa.
Waktu Jimat Siang: Pilih tetapan waktu musim panas yang sesuai untuk kawasan anda.
Perbezaan Masa: Masukkan perbezaan waktu antara masa tempatan dan UTC (Waktu Universal Selaras).
Apabila menetapkan kepada Hdp, anda dikembalikan ke skrin Utama apabila tiada operasi telah dilakukan untuk masa yang ditetapkan. Tetapan ini diterapkan apabila mana-mana skrin kecuali skrin Utama yang dipaparkan.