
Bersihkan ADF.
Garisan lurus (bercorak) mungkin kelihatan dalam imej apabila kotoran atau debu masuk ke dalam ADF.
Buang sebarang kotoran atau debu yang melekat pada dokumen.
Menggunakan ciri Kesan Kaca Kotor, satu pemberitahuan dipaparkan apabila kotoran dikesan pada kaca pengimbas di dalam pengimbas.
Pilih Tetapan pada skrin utama > Tetapan Pengimbas > Kesan Kaca Kotor, kemudian pilih Hidup-Rendah atau Hidup-Tinggi.
Apabila amaran dipaparkan, bersihkan permukaan kaca di dalam pengimbas anda menggunakan kit pembersihan Epson yang tulen atau kain lembut.
Sesetengah kotoran mungkin tidak dikesan dengan betul.
Sekiranya pengesanan tidak berfungsi dengan betul, ubah tetapan.
Jika tiada kotoran dikesan, pilih Hidup-Tinggi. Jika kotoran dikesan secara tidak betul, pilih Hidup-Rendah atau Mati.