Daftar dan/atau padam kenalan untuk ciri-ciri Imbas ke E-mel dan Imbas ke Folder Rangkaian/FTP.
Tukar kaedah untuk mencari kenalan.
Kata Laluan Pentadbir: Daftar kata laluan pentadbir yang membenarkan pentadbir sahaja untuk mengubah tetapan. Panjang kata laluan anda mestilah 8 hingga 20 aksara.
Tetapan Kunci: Kunci tetapan pengimbas untuk melindunginya daripada diubah oleh pengguna lain.
Menyulitkan kata laluan anda.
Jika anda mematikan kuasa semasa mula semula sedang berjalan, data mungkin rosak dan tetapan pengimbas dipulihkan kepada lalai. Dalam hal ini, tetapkan maklumat kata laluan sekali lagi.
Tentusahkan program pengimbas ketika memulakannya.
Apabila ciri ini dihidupkan, pengimbas mungkin mengambil sedikit masa untuk dimulakan.
Pilih Luluskan untuk memberikan maklumat penggunaan produk seperti bilangan imbasan kepada Seiko Epson Corporation.
Dayakan atau nyahdayakan ciri WSD (Perkhidmatan Web untuk Peranti).
Apabila ini dinyahdayakan, ikon WSD disembunyikan pada skrin Utama.
Tetapan Rangkaian: Pulihkan tetapan berkaitan rangkaian kepada status permulaannya.
Semua Kecuali Tetapan Rangkaian: Pulihkan tetapan lain kepada status permulaannya kecuali tetapan yang berkaitan rangkaian.
Semua Tetapan: Pulihkan semua tetapan kepada status permulaannya semasa dibeli.
Sekiranya anda memilih Semua Tetapan, semua data tetapan yang didaftarkan ke pengimbas termasuk kenalan akan dipadamkan. Anda tidak boleh memulihkan tetapan yang telah dipadamkan.
Anda boleh mendapatkan maklumat perisian tegar pengimbas seperti versi semasa anda dan maklumat tentang kemas kini yang tersedia.