Pentadbiran Sistem

Dengan menggunakan menu ini, anda boleh mengekalkan produk sebagai pentadbir sistem. Ia juga membenarkan anda mengehadkan ciri produk untuk pengguna individu supaya sepadan dengan gaya kerja atau pejabat anda.

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem

Tetapan Keselamatan:

Anda boleh membuat tetapan keselamatan berikut.

Pdm Semua Tugas Memori Dlmn:

Padam semua tugas yang disimpan dalam memori dalaman.

Tetapan Pentadbir:
  • Kata Laluan Pentadbir

    Tetapkan, ubah dan kosongkan kata laluan pentadbir.

  • Tetapan Kunci

    Pilih sama ada mahu mengunci panel kawalan menggunakan kata laluan yang didaftarkan dalam Kata Laluan Pentadbir atau tidak.

Penyulitan Kata Laluan:

Pilih Hdp untuk menyulitkan kata laluan anda. Jika anda mematikan kuasa semasa mula semula sedang berjalan, data mungkin rosak dan tetapan pencetak dipulihkan kepada lalai. Dalam hal ini, tetapkan maklumat kata laluan sekali lagi.

Penyelidikan Pelanggan:

Pilih Luluskan untuk memberikan maklumat penggunaan produk seperti bilangan cetakan kepada Seiko Epson Corporation.

Pulihkan Tetapan Lalai:

Tetapkan semula tetapan dalam menu berikut kepada tetapan lalainya.

  • Tetapan Rangkaian

  • Semua Kecuali Tetapan Rangkaian

  • Semua tetapan

Kemas Kini Perisian Tegar:

Anda boleh mendapatkan maklumat perisian tegar seperti versi semasa anda dan maklumat tentang kemas kini yang tersedia.

Kemas kini:

Semak jika versi terkini perisian tegar telah dimuat naik ke pelayan rangkaian. Jika kemas kini tersedia, anda boleh memilih sama ada hendak memulakan kemas kini atau tidak.

Pemberitahuan:

Pilih Hdp untuk menerima pemberitahuan jika kemas kini perisian tegar tersedia.