Anda boleh memeriksa dan membersihkan kepala cetak dengan menggunakan panel kawalan pencetak.
Anda juga boleh memeriksa dan menjalankan pembersihan kepala daripada pemacu pencetak Windows atau Mac OS.
Pilih Tetapan pada skrin utama.
Pilih Penyelengg. > Cetak Pemerik Nozel Kepala.
Ikut arahan pada skrin untuk mencetak corak periksa muncung.
Periksa corak cetakan. Jika ada garisan terputus atau bahagian yang hilang seperti ditunjukkan dalam corak “NG”, muncung kepala cetak mungkin tersumbat. Pergi ke langkah berikutnya. Jika anda tidak melihat sebarang garisan terputus atau bahagian yang hilang seperti corak berikut “OK”, muncung tidak tersumbat. Pilih
untuk menutup ciri pemeriksaan muncung.

Pilih
dan ikut arahan pada skrin untuk membersihkan kepala cetak.
Apabila pembersihan selesai, cetak semula corak periksa muncung. Ulang pembersihan dan mencetak corak sehingga semua garisan dicetak sepenuhnya.
Sekiranya kualiti cetakan tidak bertambah baik selepas berkali-kali memeriksa muncung dan membersihkan kepala sebanyak 3 kali, tunggu sekurang-kurangnya 12 jam tanpa mencetak dan kemudian, lakukan pemeriksaan muncung sekali lagi dan mengulangi pembersihan kepala jika perlu. Kami mengesyorkan supaya anda mematikan pencetak menggunakan butang
. Sekiranya kualiti cetakan masih tidak bertambah baik, jalankan Pembersihan Dakwat.