Tidak Boleh Menghantar atau Menerima Faks Walaupun Sambungan telah Diwujudkan Dengan Betul (Windows)

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Perisian tidak dipasang.

Penyelesaian

Pastikan pemacu PC-FAX telah dipasang pada komputer. Pemacu PC-FAX dipasang dengan FAX Utility. Ikut langkah-langkah di bawah untuk menyemak jika pemacu telah dipasang.

Pastikan pencetak (faks) dipaparkan dalam Peranti dan Pencetak, Pencetak atau Pencetak dan Perkakasan Lain. Pencetak (faks) dipaparkan sebagai “EPSON XXXXX (FAX)”. Sekiranya pencetak (faks) tidak dipaparkan, nyah pasang dan kemudian memasang semula FAX Utility. Sila lihat yang berikut untuk mengakses Peranti dan Pencetak, Pencetak, atau Pencetak dan Perkakasan Lain.

  • Windows 10

    Klik pada butang mula, kemudian pilih Sistem Windows > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.

  • Windows 8.1/Windows 8

    Pilih Desktop > Tetapan > Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi atau Perkakasan.

  • Windows 7

    Klik butang mula, dan pilih Panel Kawalan > Lihat peranti dan pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi atau Perkakasan.

  • Windows Vista

    Klik butang mula, dan pilih Panel Kawalan > Pencetak dalam Perkakasan dan Bunyi.

  • Windows XP

    Klik butang mula dan pilih Tetapan > Panel Kawalan > Pencetak dan Perkakasan Lain > Pencetak dan Faks.

Pengesahan pengguna gagal apabila faks dihantar dari komputer.

Penyelesaian

Tetapkan nama pengguna dan kata laluan dalam pemacu pencetak. Apabila menghantar faks dari komputer semasa fungsi keselamatan yang menyekat pengguna daripada menggunakan fungsi faks pencetak ditetapkan, pengesahan pengguna dilakukan dengan nama pengguna dan kata laluan ditetapkan dalam pemacu pencetak.

Terdapat masalah dengan sambungan faks dan tetapan faks.

Penyelesaian

Cuba penyelesaian untuk sambungan dan tetapan faks.