E-12

Penyelesaian:

Semak perkara berikut.

  • Peranti lain pada rangkaian dihidupkan.

  • Alamat rangkaian (Alamat IP, topeng subnet dan get laluan lalai) adalah betul jika anda memasukkannya secara manual.

  • Alamat rangkaian untuk peranti lain (topeng subnet dan get laluan lalai) adalah sama.

  • Alamat IP tidak konflik dengan peranti yang lain.

Jika pencetak dan peranti rangkaian anda masih tidak bersambung selepas mengesahkan perkara di atas, cuba perkara berikut.

  • Matikan penghala wayarles. Tunggu selama lebih kurang 10 saat dan hidupkannya.

  • Buat tetapan rangkaian sekali lagi menggunakan pemasang. Anda boleh menjalankannya daripada laman web berikut.

    http://epson.sn > Persediaan

  • Anda boleh mendaftarkan beberapa kata laluan pada penghala wayarles yang menggunakan jenis keselamatan WEP. Jika beberapa kata laluan didaftarkan, semak jika kata laluan berdaftar yang pertama ditetapkan pada pencetak.